jba2033.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
jalan sekolah paloh, kluang johor, 86600 Kluang, Johor. Tel : 077811088, Faks : 077811088
e-mel : jba2033@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | SAMBUTAN HARI GURU | PAUTAN | WEBMASTER | MAULUD | HARI KELUARGA |

SEJARAH SEKOLAH


Bangunan sekolah

SK BANDAR PALOH merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di sebuah kawasan pekan Paloh. Sekolah ini letaknya kira-kira 1 kilometer dari Pekan Paloh dan 35 kilometer dari bandar Kluang.

Sekolah ini diasaskan oleh Tn. Hj. P.M. Mohamad dan En Sarib bin Hj. Salleh, kedua-duanya telah pun meninggal dunia.

Pada mulanya Sekolah Melayu ini terletak di lading kempas tetapi memandangkan kedudukannya yang jauh lebih kurang 10 Km dari pekan Paloh.

Pada tahun 1960-an Sekolah ini telah berpindah di Pekan Paloh. Murid-murid menumpang belajar di SRJK (T) Jalan stesen, Paloh. Pada tahun 1969 pula sebuah bangunan setingkat didirikan. Maka bermulalah tapak baru sekolah Kebangsaan Bandar Paloh. Semua murid yang menumpang di SJK(T) jalan Stesen Paloh telah berpindah ke sini. Pada tahun 1984, Sebuah lagi bangunan didirikan. Bangunan ini dibina setinggi dua tingkat bagi menampung bilangan murid yang semakin meningkat.





Gambar makmal komputer

Mengikut arus perkembangan teknologi maklumat, pihak Kementerian Pelajaran telah membina sebuah makmal komputer yang menempatkan 13 buah komputer pada tahun 2002 bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini sekolah ini telah berjaya melahirkan ramai warga yang berjaya memenuhi keperluan tenaga kerja negara.



Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: