BERITA TERKINI 
Warga SK Bandar Paloh telah mengadakan hari keluarga pada tahun ini di Melaka Bandaraya bersejarah. Pelbagai aktiviti dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan keluarga warga SK Bandar Paloh, Kluang.   
SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2008 Pada 20 Mei hingga 23 Mei 2008, SK Bandar Paloh akan menjalankan Peperiksaan Setengah Tahun. Peperiksaan ini adalah setara dalam satu daerah Kluang. semua Soalan adalah setara dan dibekalkan oleh pihak MGB.Di harap semua murid dapat menjawab soalan dengan baik dan mencapai kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan ini.
BENGKEL MEMBINA BAHAN SINAR 2M 
Pada 11 Feb 2006, Sekolah Kebangsaan Bandar Paloh dengan usaha Panitia Bahasa Melayu telah menjalankan satu projek Sinar 2M bagi memastikan semua murid sifar buta huruf menjelang 2008. Pada hari tersebut guru-guru telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membina kad perkataan dan suku kata. Program Sinar 2M ini akan dijalankann mulai 20 Feb 2006, yang mana semua murid yang masih gagal dalam mata pelajaran bahasa melayu akan bermula dengan kaedah membaca mengikut modul yang telah dibina oleh penal Panitia Bahasa Melayu SK Bandar Paloh. Kami warga sekolah berharap program ini berjaya dengan cemerlang dan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain di daerah ini.
|