jba2033.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PALOH
jalan sekolah paloh, kluang johor, 86600 Kluang, Johor. Tel : 077811088, Faks : 077811088
e-mel : jba2033@zoom-a.com
| PERASMIAN | LAMAN UTAMA | PANORAMA | KATA ALU-ALUAN | SEJARAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | FALSAFAH SEKOLAH | LOGO SEKOLAH | VISI & MISI | DOA SEKOLAH | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | ENROLMEN PELAJAR | KURIKULUM | KOKURIKULUM | BERITA TERKINI | SAMBUTAN HARI GURU | PAUTAN | WEBMASTER | MAULUD | HARI KELUARGA |

 

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izinnya saya dapat menyiapkan laman web rasmi SK Bandar Paloh yang tidak seberapa ini. Laman ini di bina khusus bagi memperkenalkan SK Bandar Paloh di persana dunia internet.

 Walaupun SK Bandar Paloh sebuah sekolah luar bandar yang yang mempunyai bilangan murid yang kecil tetapi saya merasakan keperluan untuk mewujudkan satu laman web khas bagi memperkenalkan sekolah ini dan juga bagi membuka minda semua murid dan juga guru supaya lebih maju sedikit dalam arena Teknologi Maklumat. Dunia penuh perhubungan teknologi maklumat ini harus diterapkan kepada warga dari awal supaya tidak ketinggalan.

Saya mengambil masa lebih kurang 2 minggu untuk menyiapkan sepenuhnya laman web ini. Segala maklumat dan aktiviti sekolah terlebih dahulu dikumpul dan disahkan sebelum maklumat tersebut dipaparkan agar ia dapat memberi maklumat yang tepat kepada pengunjung.

 Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah membantu saya menyiapkan laman web ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kerjasama dari mereka amat saya perlukan di masa-masa akan datang khusus bagi saya untuk mengemaskini laman web ini. Akhir kata bukakanlah minda kita agar dapat menerapkan peranan ICT dalam kehidupan kita seharian. Jangan kita lari, tetapi cubalah dekati agar kita tidak terus ketinggalan dalam bidang teknologi maklumat ini

 

Sekian, terima kasih.

 

Saidi bin Isa

Webmaster,

SK Bandar Paloh,

Kluang, Johor.

 

Email: saidi_isa@yahoo.com

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: